Thursday 4 April 2013

Residence Hotel....


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan blogger...
Sebenarnya sudah lama foto ni tapi oleh kerana tak berkesempatan nak update jadi hari ni barulah dapat .Nak kata pergi bercuti sakan tak adalah cuma pada masa tu saya baru je berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka,jadi penat dan letih dalam proses permindahan ni.Jadi dengan tidak di sangka my hubby mengajak pergi rehatkan minda dan badan sekejap.Lagipun pada masa tu masih musim cuti sekolah.Dan sempatlah kami membawa anak-anak pergi bercuti.Secara amnya...saya suka hotel ni kerana ala-ala hotel resort....saya paling suka apabila pergi hotel yg ada ruang sikit macam 'balkoni' kerana di situ akan saya duduk berjam-jam lamanya sambil memandang alam sekeliling dan ada masanya saya baca buku...kala itu sungguh indahnya  dapat merehatkan diri dari segala tugas...ahaks..sekali-sekala je dapat mengelak diri dari bertugas seperti biasa kerana kita pun perlu rehat...tak kira sama ada rehat badan atau minda...
Bercerita pasal Hotel Resindence Resort ni yg menariknya...macam nak buat iklan la pulak....lepas ni confirm kalu saya pergi dapat harga murah...hihihi...sebenarnya hotel ni ala-ala resort dan saya tertarik apabila setiap apartment/bilik kesemuanya mengadap pantai.Jadi apabila malam kita akan terdengar desiran angin pantai dan pada sebelah paginya kita akan dapat menikmati suasana yg tenang tak kala memandang ombak yg beralun kadangkala lembut bagai membuai bayu.Dan di sini juga di sediakan swimming fool untuk orang dewasa dan kanak-kanak.Dalam hal ni anak-anak saya iaitu Arisha dan Azim paling suka ..diaorang kalu boleh nak duduk kat dalam tu je.Sebab itu setiap kali kami pergi bercuti,my hubby selalu carikan hotel yg ada swimming fool....Jadi kepada kawan-kawan yg nak pergi bercuti tu,bolehlah cuba duduk kat hotel ni.Dan yg penting sila tempah awal kerana harganya ada macam-macam...dan ni di antara foto yg sempat snap....layan.OK.Wassalam.

No comments:

Post a Comment