Thursday 9 May 2013

Sardine Puff dan Chicken Puff

Chicken Puff
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua buat rakan-rakan sekalian.
Emm...nak bercerita pasal apa dulu yea.Rasa-rasanya nak cerita pasal tempahan dululah.Semalam saya telah merajinkan diri menerima tempahan Sardine Puff dan Chicken Puff.Semua tempahan ini telah di tempah oleh adik saya untuk jualan pesta sukan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.Pada mulanya dia suruh saya buat kek tapi saya terpaksa menolak kerana kesuntukan masa.Akhirnya saya bersetuju nak buat Sardine Puff  dan Chicken Puff je,itupun tak larat almaklumlah tak ada pembantu jadi semua buat sendiri jelah.Tapi segala penat akan hilang apabila kesemua tempahan dapat disiapkan tepat waktunya.Dan dalam saya duk sibuk tu sempat pulak pagi tu saya pergi mendaftarkan perniagaan.Ok,sekarang ni kedai saya yg beroperasi secara 'online' dah didaftarkan dan Insya Allah selepas ni saya nak buat lesen berniaga pasar tani/pasar malam pulak,bolehlah selepas ni berniaga kat situ pulak.Amacam bagus tak idea ni...siapa setuju angkat tangan cepat ....hahaha....ok sekian.Wassalam.
Sardine Puff

No comments:

Post a Comment