Monday, 11 March 2013

Seminggu di Hatten Hotels


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua buat rakan blogger ....
Minggu ni saya berkampung kat Hatten Hotels selama seminggu kerana menemani suami yg ada urusan di situ.Saya dan anak -anak hanya pergi setelah segala urusan persekolahan sudah selesai dan esok paginya akan pulang kembali ke rumah kami .Dan pada petangnya akan pergi lagi ke Hotel tu dan selama seminggu jugaklah kami berlokasi sedemikian .Penat dan kerana itulah dah lama tak update blog ni...sori yea kawan-kawan.Dan ni antara gambar yg sempat saya ambil .Saya suka Hotel ni kerana biliknya agak besar dan cara dekorasinya pun cantik.Lagipun hotel ni betul-betul terletak di tengah bandaraya Melaka.Dan yg menariknya ia menghubungkan dua buah pusat pasaraya iaitu Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.Dan dari sini jugak kita akan dapat saksikan Menara Tamingsari .Kesimpulannya ,lokasi hotel ni amat strategik.

No comments:

Post a Comment