Kek simple deko ngan gambar Princess |
Assalamualaikum dan salam semua buat rakan-rakan blogger ....
Hari ni 1 Mac adalah tarikh kelahiran anak sulungku Arisha Bt Azman yg ke 10 tahun....sudah besar anak ibu ni...Masih ku ingat akan keperitan mengandung dan melahirkannya,,,,pulak tu tanpa suami di sisi...masa tu my hubby kat Hong Kong selama setahun.Dan sewaktu kelahirannya saya di kampung kat Kelantan.Maka lahirlah Arisha di Hospital Besar Tanah Merah.Tempoh melahirkan Arisha sangat senang dan mudah walaupun itu kelahiran pertama.Syukur Alhamdullilah ,Arisha selamat di lahirkan.Dan kini sudah 10 tahun masa berlalu,rasanya macam baru semalam aje melahirkannya...hahaha...buat lawak la pulak...Tapi nasib baik Arisha ni tak di lahirkan kat Hong Kong kerana semasa suami masih lagi bertugas di sana ,saya sempat tinggal di sana dan semasa ke China saya di tahan di Imigresen Hong Kong kerana pada masa tu sibuk Us nak berperang dgn Iraq dan kebetulan nama bapa saya Hussain B Ismail...jadi dikaitkan saya dgn Saddam Hussain...hihihi..kelakarkan diaorang ni...Dan yang paling saya geram dan kesal sekali apabila kita di tahan pihak Imigresen tak akan melayan segala pertanyaan kita walaupun macam2 cara saya cuba.Dan pada masa itulah saya duk memikir apa kesalahan saya dan kenapa di tahan.Dan puas saya duk bercakap dgnnya tapi satu pun tak di layan ...tak tahulah sama ada dia faham bahasa inggeris atau tak tapi buat tak faham aje...saya tanya faham ke ,dia diam,saya kata boleh hubungi tak kedutaan,dia diam,saya mintak pen dan kertas untuk tulis pun dia diam dan akhirnya ada seorang rakyat Malaysia dari Sarawak pun kena tahan dan bercakap dgn pihak Imigresen ni dalam Cantonis dan Mandarin barulah di layan...la gitu pulak...patutla buat penat jea saya duk bercakap tadi...Dan dengan jasa orang Sarawak tu saya di lepaskan atas alasan anak Saddam Hussain...hahaha...ketawa-ketawa ...Dan oleh kerana itulah saya pun berazam sekiranya nanti anak saya dah nak bersekolah akan saya hantar ke sekolah Cina....Dan kini Alhamdullillah Arisha sungguh petah bercakap dalam Mandarin dan sedikit loghat Cantonis...Berkemungkinan jugak ibunya geram dgn Imigresen China kot maka sekejap saja Arisha sudah boleh menguasai Bahasa Mandarin ni(2 bulan je dah pandai cakap...terperanjat saya)...tapi kalau di ikutkan sebelah suami ,mak mertua saya(Allahyarham Hjh Zabedah Bt Abdullah) ni orang cina dan di jadikan anak angkat oleh nenek suami saya..mungkin jugak Arisha senang jea bercakap dalam Mandarin ni...Dan kini anak saya yg lelaki pun saya hantar ke Tadika Mandarin....
No comments:
Post a Comment