Salam dan selamat sejahtera....
Hujung 2 minggu lepas, saya dan family berkesempatan ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Walaupun selalu pergi makan dan berjalan kat situ tapi tak pernah berkesempatan mengunjungi Taman Warisan Pertanian .Puas jugak kami berjalan dan sambil-sambil tu mulut sibuk aje menerangkan kepada anak-anak perihal pokok itu pokok ini....tapi tiba-tiba saya terdiam seketika apabila my hubby cakap..inilah dia pokok mentega .Saya pada mulanya senyum dan ketawa aje...tapi apabila saya membaca nota yang di tulis kat situ barulah saya percaya...dan selepas itu barulah saya tahu kewujudan pokok mentega ni. Itulah saya tak pernah mengetahuinya tapi berlainan pulak ngan my hubby sebabnya dia kata selalu makan kat Johor.Dan di sini saya paparkan foto-foto yang sempat diambil.Jom layan......
No comments:
Post a Comment