Saturday, 18 February 2012

Bisnes kecil-kecilan


Membuat kuih, kek & menjahit ni mulanya sebagai hobi aje.. Memenuhi masa senggang sementara menunggu anak sulung balik dari sekolah.. Asalnya untuk kegunaan keluarga aje.. Mungkin itulah Rahmat Allah, bila dah siap dipakai, ada pulak kawan-kawan bertanya - tempah jahit kat mana? Ish.. mana ada tempah kat orang lain, buat sendiri aje.. Haa, dari situ bermulalah episod 'jalan-jalan' ke Jalan TAR. Sebab dah selalu jugak mengunjungi kedai kain kepunyaan kawan kat situ, kira tau la jugak kat mana nak cari barang jahitan.. Untuk mendalamkan pengetahuan, selalu jugak cari dalam Internet.. Kira dalam zaman ni, memang pengetahuan dalam bidang IT sangat membantu.. Dapat la jugak ramai kenalan dan cikgu-cikgu baru bila dah mula ambik upah menjahit ni ;-)

Bab kuih pun lebih kurang macam tu jugak la.. Buat suka-suka untuk anak-anak dan suami.. Tak sangka pulak kawan-kawan dan jiran pun turut suka.. Kini, kira menjahit dan buat kuih berjalan serentak la.. Bab kuih ni, Insya-Allah, macam-macam kuih yang dijual, cuma yang selalu ditempah kawan-kawan (dan jugak kawan-kawan kepada kawan-kawan) ialah 'cupcakes', apam 'polka dots', 'cheese tarts' dan puding roti.. Setakat ni, Alhamdulillah, belum pernah lagi la mendapat feedback yang kurang baik dari hasil kerja tangan tu dan harap-harap, akan berkekalan sampai bila-bila macam tu, Insya Allah, Amin.

Untuk melihat hasil 'kerja-tangan' saya, bolehlah men'klik'kan pada label yang ada disebelah atas sudut kanan blog saya ini.

Dan kalau ada yang berminat untuk menempah, saya boleh dihubungi melalui nombor mudah alih ataupun emel seperti yang tertera dis sudut atas kanan blog ini.

No comments:

Post a Comment