Tuesday 2 July 2013

Kek Kukus yang ekonomi


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan semua..
Emmm...sihat ke.Dah lama tak bersiaran.Sebenarnya rindu ngan rakan2 semua cuma masa dan waktu yg terhad membuatkan saya tidak berapa sempat untuk menyapa.Rasanya dah lama tak update blog ni.Tetapi bagi peminat dan rakan taulan yang sentiasa menyokong saya ,insya allah saya ada lagi produk terbaru iaitu kek kukus yg amat ekonomi tetapi dari segi rasa dan rupa ianya teramatlah sedap.Ikhlas saya katakan ia amat berbaloi untuk di rasa dan bagi saya tiada ruginya jika kita dapat menikmatinya bersama.Wah-wah iklan la pulak.Dan dari segi harganya jugak amat berbaloi kerana saya menawarkan harga yang semua orang mampu milik dan nikmati gitu.Untuk kek-kek kukus ni saya telah mempelajarinya sebanyak 5 jenis iaitu Kek Kukus Chocolate Moist,Kek Kukus Peanut Butter,Kek Kukus Lumut,Kek Kukus Red Velvet Dan Tiramisu.Dan setakat hari ni yg selalu dan menjadi pujaan customer saya dan boleh dikatakan duduk di carta teratas adalah kek kukus chocolate moist.Emmm...biasalah apabila ada coklat semuanya orang suka.Tapi Insya Allah untuk kek-kek yg lain pun sedap tapi itu semua terpulang kepada hak individu itu sendiri untuk menilainya.Apalagi jom la order.Dan insya allah ,kesemua kek-kek ni jugak menjadi bahan jualan saya di bazar ramadhan nanti.Jom kita tengok foto yg sempat di ambik.


No comments:

Post a Comment