Thursday 14 March 2013

Order pertama di Melaka...


Assalamualaikum dan salam buat rakan blogger...
Alhamdullillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izinnya ,saya dapat buat dan siapkan order pertama di sini (Melaka) setelah hampir tiga bulan jugak saya tidak pegang spatula,mixer,oven ,bermain dgn warna,buttercream dan fondant.Sebenarnya saya ambik masa jugak untuk buat balik home baking ni kerana banyak percaturan waktu yg perlu saya lunasi kerana walaupun tidak bekerja tetapi komitmen pada keluarga  adalah yg pertama kerana saya mahukan yg terbaik buat keluarga saya.Dan dalam saya tidak  'membaking',sebenarnya saya banyak jugak menghadiri kelas kerana ingin menambah skill dalam seni hias kek ni.Saya punya cita-cita apabila sudah pandai dan sedap buat kek,saya perlu memahirkan diri pulak dalam seni dekorasi kek pulak.Walaupun ada kalanya kelas saya jauh luar negeri Melaka,saya tetap mengikutinya demi mencari ilmu dan Insya Allah lepas ni akan saya buat dan deko kek dgn lebih berseni.Sememangnya betul,ada yg kata ,buat apa pergi kelas...kan ada buku dan sumber Internet.Yes anda betul tapi sebenarnya tak salah jika merperuntukkan sedikit wang dalam menimba ilmu dengan pergi berguru ni.Begitu banyak perbezaan antara kita hanya berguru dgn buku dan internet saja...Dan yg paling nyata dan sahih,apabila kita berguru ni banyak sangat tip-tip dan  rahsia yg akan di berikan .Lepas tu barulah tahu...oooomacam ni...oooomacam tu...kan dah kata...Ini cuma pendapat saya sajalah...Nasihat saya jika takut sesat lebih baik bertanya pada yg pakar...hihihi...Oklah kita layan beberapa keping foto yg sempat saya snap dan buat NorMazni terima kasih yea order.

Ni kesemuanya boleh di makan tau...pssst...rahsia tau resepi terbaru dlm bunga gumpaste 






No comments:

Post a Comment