Assalamualaikum dan salam semua...
Bersesuaian dengan tajuk di atas....saya sendiri pun tidak menyangka akan berehat panjang.Walaupun tidak selalu menulis diruang ini kerana kesuntukan masa dan adakalanya perlu menyiapkan order.Tidak bermakna apabila senyap je saya tidak aktif.Ok,kali ni saya menulis tanpa berpandukan foto.Tidak mengapakan.
Pada kali ni saya ingin menyentuh satu isu kebersihan dalam penyediaan makanan.Kita sedia maklum apabila kita berada dalam industri makanan samaada yg besar atau kecil kita perlu menitikberatkan aspek kebersihan.Seperti semalam ,kita dikejutkan dengan 4 kematian apabila mengalami keracunan makanan di sebuah majlis .Saya amat bersimpati dan sedih kerana jika aspek kebersihan dianggap penting sudah pasti tiada musibah yg berlaku.Kita tahu ,ajal ,maut dan jodoh semuanya ketentuan Ilahi ,akan tetapi saya beranggapan bahawa ini semua terjadi disebabkan 'kecuaian' dan 'kelalaian' kita sendiri.Oleh itu,saya selalu mengatakan kepada rakan2,jagalah kebersihan kerana banyak faedahnya .Dan jika betul2 serius dalam industri makanan ni silalah pergi ke krusus pengendalian makanan dan harganya pun taklah mahal.Apabila kita menghadiri krusus banyak perkara yg kita tahu dan anggaplah ianya penting ok.
Sekian dulu dari saya untuk hari ini...
No comments:
Post a Comment