Sunday, 17 March 2013

Majlis Kahwin.....

Assalamualaikum dan salam semua....

Baru-baru ni  saya sempat menghadiri majlis persandingan saudara sebelah suami iatu Nor Azman Norzaini dan pasangannya Norhaslina di Ampang.Pada majlis itu saya ama tertarik apabila tiba saatnya acara potong kek.
Pada majlis tu ramai jugak tetamu yg datang dan biasalah apabila bertemu pasti kita tidak akan melupakan silaturrahim di antara kalangan keluarga.Saya selalu tanamkan dalam diri sendiri dan anak-anak supaya adat memperkenalkan diri perlu ada dan jangan malu-malu nak perkenalkan diri kerana di situ sebenarnya terletak keyakinan diri kita .Jadi,nasihat saya ,sekiranya kita ada tetamu atau menghadiri majlis tak salah rasanya jika rakan-rakan semua memperkenalkan diri dan ahli keluarga.Saya selalu praktikkan kepada anak-anak saya dan Alhamdullillah anak-anak dapat memahaminya .Kadangkala saya terasa geram dan tak berpuas hati apabila menghadiri sesuatu majlis kita di layan bagaikan orang yg tak kenal aje...dan adakalanya apabila si isteri /si suami yg menjemput kita tetapi salah seorangnya buat tak tahu je kewujudan kita di situ.Masa ni mulalah saya nak cepat je balik dan biasanya tak tunggu hingga majlis berakhir.Tak kuasa nak duduk kat situ sekiranya tuan/puan rumah buat tak tahu dan endahkan kita.Bukan niat nak suruh tuan/puan rumah layan macam raja/ratu cuma hormatilah kunjungan jemputan dan raikan dengan ikhlas.Ini tidak hanya pandang kita sebelah mata je..entah2 seceput mata je...hahaha...Tetapi saya duk membebel ni tak ada bersangkut paut langsung dengan majlis ni yea...majlis ni cukup meriah dan alhamdullillah kesemua saudara-mara sebelah suami mengenali saya dan melayan saya bagaikan saudara sendiri.Lagipun semenjak ketiadaan orang tua(arwah mak mertua dan arwah pak mertua),kami sering mengatakan kita perlu mengikat silaturrahim antara kedua-dua belah keluarga kerana kami mahu mewarisi perhubungan itu.Jadi kepada kawan-kawan semua,mula hari ini seandainya ada terima sebarang kad jemputan atau undangan  dari saudara-mara tu cubalah renung-renungkan dan hayati mesej saya kerana dengan kehadiran kita berkemungkinan ikatan itu lebih baik dari sebelumnya.Dan percayalah tak akan putus  hubungan sesama saudara kita ni ibarat...air di cincang tak akan putus....Oklah itu saja untuk kali ini.Wassalam.


No comments:

Post a Comment