Thursday, 21 February 2013

daftar kelas kolej komuniti melaka

Assalamualaikum dan salam semua....
Dah bersarapan ke....sarapan tu penting supaya kita kekal cergas dan bertenaga....
Dalam saya duk sibuk menghantar anak2 ke sekolah baru lah pagi ni saya berkesempatan pergi ke Kolej Komuniti Masjid Tanah padahal kolej ni betul2 depan rumah saya tapi kerana tak ada masa yg sesuai utk saya mengunjunginya(alasan je tu) ialah kadang2 saya pergi pak guard kata waktu makan puan tak ada staff,office blm  bukak puan,staff incharge tak ada puan dan seribu bagai  kata2 darinya.Dan kesudahannya maka bertangguhlah lagi pemergian saya  ke sana.Dan hari dapat jgk saya menjejakkan kaki ke sana dan sempat jugak bertanya lebih kurang mengenai kursus yg di tawarkan.Dan kebanyakkannya tak ada yg sesuai buat saya kerana kursus yg ditawarkan adalah Bahagian Elektrik,IT dan Landscape.Tetapi saya tetap berkeras jgk nak masuk dan nak jumpa dgn Bahagian Pentadbiran walaupun pak guards tu kata tak ada krusus yg saya nak.Akhirnya dia bg saya masuk dan berjumpalah saya dgn Bahagian Pentadbiran Sepanjang Hayat.Dan saya amat tertarik dengan penerangan yg di berikan walaupun macam2 yg saya tanya.Ialah saya ni kalau bertanya semuanya nak sampai puas hati dan betul2 faham.Mungkin sudah lumrah agaknya...
Dan tadi saya pun telah mendaftarkan diri utk belajar di Kolej ni itupun jika kursus yg saya minta ni ramai permintaannya...jawabnya saya kena tunggu cukup forum nampak gayanya....tak apalah janji ada kan...
Dan kepada rakan2,jika ada yg berminat boleh kunjungi kolej ni www.epsh.com.Dan byk lg  kursus yg di tawarkan antaranya dan yg menjadi pilihan saya di waktu lapang seperti KursusMasakan Cupcakes,Kursus Jahitan Tudung,Kursus Penghasilan Coklat,Kursus Asas Manik,Kursus Jahitan Langsir,Kursus Roti Dan Bun dan byk lagi...Ok Wassalam.

No comments:

Post a Comment