Friday, 28 March 2014

Permata hati kami...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Sudah lama rasanya saya bercuti dr "mengupdate"blog ni....hihihi bukannya apa byk sangat halangannya.Insya allah lepas ni selalu update ye..
Rezeki saya dan suami bertambah apabila tanggal 24 Mac 2014 kami dikurniakan seorang lagi cahayamata perempuan.Alhamdulillah saya selamat melahirkannya secara normal dan sihat.Permata hati ni kami namakan Adriana Bt Azman.Dan sewaktu saya leka menulis ni ..Adriana hanya duk memerhati saja..mungkin sudah terbiasa agaknya.Oklah itu saja utk kali ini dan terima kasih.

Sunday, 2 March 2014

Berehat seketika...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan semua.
Di kesempatan yg ada ini saya dgn rasa segala hormatnya memohon maaf dr rakan semua sepanjang kita berkenalan di alam maya ni.Insya allah aktiviti berbloging dan tempahan dr rakan2 tidak dpt saya terima dlm masa terdekat ni kerana ingin memberi ruang kpd diri sendiri yg akan bersalin pd penghujung Mac 2014 ni.Saya amat menghargai rakan2 dan doakan agar urusan saya dipermudahkan.Insya allah saya bersedia menerima tempahan selepas tempoh berpantang berakhir dan bersesuaian dgn masa saya.Akhir kata...maafkan saya dan doakan yg terbaik buat saya ye....terima kasih.

Monday, 9 December 2013

cuti sekolah 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Bersempena cuti sekolah ni pelbagai program yg semua rakan2 telah rancang demi mengisi masa dan ruang yg ada.Tapi cuti sekolah penghujung tahun ni ,kami sekeluarga sekali lagi kepenatan kerana akan berpindah sekali lg ke Kuala Lumpur.Emm nampak gayanya peluang cuti sekolah pada kali byk dihabiskan utk mengemas barangdan urusan pertukaran sekolah anak2.Sekali lg saya terpaksa turun naik ke Pejabat Pendidikan Daerah di Petaling Utama.Dan doakan saya agar dipermudahkan segala nya kerana diwaktu saya menguruskan ini semua saya keseorangan kerana spt biasa "my hubby" tiada disisi.Bukannya "my hubby"tidak bertanggungjawab cuma sewaktu saya menguruskan hal ehwal pertukaran sekolah anak2 "my hubby" telah dijadualkan waktu bertugas.itu je,tak ada sebab lain pun.Tapi saya terpaksa menguruskannya walaupun tanpa my hubby kerana urusan sekolah anak2 jika tidak maka tak bersekolahlah anak2 saya nanti.Pengalaman berharga buat kami sekeluarga kerana diberi peluang utk tinggal di bumi Melaka ni walaupun cuma dalam tempoh setahun saja.Satu pengalaman buat anak2ku kerana terdedah kepada suasana "kampung" walaupun sebenarnya diaorang selalu balik ke kampungku.Tapi da perbezaan antara tinggal didalam suasana kampung dan balik kampung.Kenangan terindah buat anakku Arisha kerana telah berpeluang utk menuntuilmu di SJKC Masjid Tanah dan anakku Azim berkesempatan ditadika MRC Junior.Insya allah jika ada peluang dan ruang akan kami datang lagi ke sini .Sekian tetima kasih.

Tuesday, 26 November 2013

Dunia anak-anakku kini....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 sekalian.Kini sudah tiba musim cuti sekolah.Emm nampak gayanya pelbagai jenis menu dan aktiviti yg akan dibuat bersama anak2.Dan saya amat bersyukur kerana pada musim persekolahan pelbagai aktiviti yg anak2 saya lakukan.Maka tiadalah asyik menonton tv atau dengan gadget aje.Jadi sebagai ibubapa kita seharusnya memantau segala aktiviti kerana biarlah musim percutian itu memberi manfaat dan faedah.Dan bersempena cuti sekolah kali ni saya amat sibuk kerana saya sekeluarga dijangka berpindah kembali ke Kuala Lumpur.Jadi sekarang ni saya tengah menguruskan hal ehwal pertukaran persekolahan anak2 saya.Dan sambil2 tu sibuk jugaklah dalam proses perpindahan.Doakan yg terbaik buat saya.Sekian dulu dan salam hormat.

Wednesday, 2 October 2013

Dah bersawang myblog....

Assalamualaikum dan salam semua...
Bersesuaian dengan tajuk di atas....saya sendiri pun tidak menyangka akan berehat panjang.Walaupun tidak selalu menulis diruang ini kerana kesuntukan masa dan adakalanya perlu menyiapkan order.Tidak bermakna apabila senyap je saya tidak aktif.Ok,kali ni saya menulis tanpa berpandukan foto.Tidak mengapakan.
Pada kali ni saya ingin menyentuh satu isu kebersihan dalam penyediaan makanan.Kita sedia maklum apabila kita berada dalam industri makanan samaada yg besar atau kecil kita perlu menitikberatkan aspek kebersihan.Seperti semalam ,kita dikejutkan dengan 4 kematian apabila mengalami keracunan makanan di sebuah majlis .Saya amat bersimpati dan sedih kerana jika aspek kebersihan dianggap penting sudah pasti tiada musibah yg berlaku.Kita tahu ,ajal ,maut dan jodoh semuanya ketentuan Ilahi ,akan tetapi saya beranggapan bahawa ini semua terjadi disebabkan 'kecuaian' dan 'kelalaian' kita sendiri.Oleh itu,saya selalu mengatakan kepada rakan2,jagalah kebersihan kerana banyak faedahnya .Dan jika betul2 serius dalam industri makanan ni silalah pergi ke krusus pengendalian makanan dan harganya pun taklah mahal.Apabila kita menghadiri krusus banyak perkara yg kita tahu dan anggaplah ianya penting ok.
Sekian dulu dari saya untuk hari ini...

Wednesday, 21 August 2013

Monday, 8 July 2013

cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan...
Bagaimana anda semua hari ni...dengan harapan dan iringan doa saya berharap kita semua di beri kesihatan yg baik dan luar biasa gitu...ambik petikan kata-kata Dr.Azizan Osman.Sememangnya dan sepatutnya kita perlu didik atau ajar otak kita supaya sentiasa bertindak di luar biasa agar kejayaan selalu ada dan datang.Amboi...bercakap pasal kejayaan dan kekayaan la pulak.Sebenarnya saya amat tertarik dengan isu ni kerana sejak terlibat dalam dunia baking ni macam-macam perkara yg saya pelajari.Bukan setakat belajar mengandun tepung,gula dan mentega je tau.Macam-macam ada ...Tapi apa-apa pun matlamat saya cuma satu iaitu satu perkongsian yg harus saya berkongsi walaupun ianya tidak bermakna buat kalian yang sudah terlebih mampu dan pandai.Lagipun penulisan saya dalam blog ni pun atas dasar perkongsian saya dengan my hubby dan anak-anak.Jadi,jika ada penulisan saya yg tak berapa bagus pun tak apa kerana blog ni saya hasilkan untuk rujukan anak-anak saya di kemudian hari.Emmm...asyik bercerita pasal kek dan tempahan boring jugakkan.Jadi hari ni saya nak berkongsi satu lagi cuti-cuti malaysia yg sempat saya dan anak -anak lawati.Pada cuti sekolah baru-baru ni saya masih lagi berkesempatan ke Taman tema air di Melaka iaitu Melaka Wonderland.